suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kodi Rasheed terima ugutan, ajak individu tak puas hati bersemuka... “Kau ingat aku tiada tangan dan kaki?”

SINONIM dengan watak antagonis yang sering dibawakan dalam drama dan filem, pelakon Kodi Rasheed mengakui pernah menerima mesej berbaur ugutan daripada individu tidak dikenali.

Kodi atau nama sebenarnya Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed, 36, berkata, dia bagaimanapun jarang melayan mesej berunsur negatif yang diterima menerusi media sosial.

Namun, disebabkan keadaan emosi yang kurang stabil ketika itu, dia bertindak membalas mesej berkenaan sehingga mencabar individu terbabit untuk bersemuka.

"Saya tak pernah layan DM (direct message) negatif, tapi ada satu hari itu terlayan mungkin sebab penat.

"Bila buka, dia maki dan kata nak pukul saya semua. Waktu itu mood saya pun tak stabil, jadi saya balas, kau ingat aku tak ada tangan dan kaki?

"Saya tanya dia berada di mana dan ajak berjumpa, malah siap berikan lokasi saya. Tetapi dia tidak membalas," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Kodi turut mengakui tindakannya melayan mesej tersebut merupakan satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.

"Mungkin itu kebodohan saya ketika itu. Sepatutnya tak perlu balas dan layan.

"Risau juga perkara itu boleh jadi serius sebab saya ada keluarga, tapi insya-Allah semuanya okey," jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi