suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua minggu dirawat di hospital beri pengajaran besar buat Amir Raja Lawak... “Hidup ini kena bersedia”

Amir tidak menyangka jatuh sakit secara tiba-tiba.

BERDEPAN masalah kesihatan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital selama hampir dua minggu memberi satu tamparan hebat buat pelawak Amir Raja Lawak.

Reda menerima ujian tersebut, Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, berkata apa yang dilalui kini juga menjadi peringatan untuk dia sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Situasi yang berlaku ini buat saya banyak berfikir, hidup kita kena bersedia, terutama dari segi kewangan. Apa yang saya lalui dua minggu ini terjadi dengan tiba-tiba. Saya ingatkan demam atau serangan asma biasa.

Amir kini masih menerima rawatan di hospital. 

"Ini juga bukti kekuasaan Allah yang saya telah lalui. Bila-bila masa sahaja Allah boleh beri dan tarik semula. Pesanan untuk diri saya juga dan semua... ikut perintah Allah, solat dan selawat jangan tinggal. Jika ada masa, ganti solat yang tertinggal," katanya kepada mStar.

Amir berkongsi perkara tersebut menerusi kiriman mesej di WhatsApp kerana masih belum mampu bercakap akibat asma.

Pelawak ini juga memberitahu dia masih berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan bagi mendapatkan rawatan susulan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak sudah pindah wad biasa, masih sukar bernafas... “Tak tertanggung sakit ini” 

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak sedar tapi tak boleh bercakap, nafas tercungap-cungap... Masih terima rawatan di ICU

"Sekarang ini juga saya menjalani fisioterapi dan dipantau pakar. Fisioterapi untuk elakkan saya hanya tidur sahaja di atas katil. Jika tidak buat, risau nanti tak boleh nak gerakkan anggota badan sebab tiada pergerakan aktif.

"Saya juga buat fisioterapi untuk melatih paru-paru dapat kembali pulih," ujarnya.

Amir juga memberitahu dia bakal mengambil tempoh rehat sebelum kembali aktif bekerja.

Amir mohon beri ruang untuk rehat sepenuhnya. 

Pada masa sama, dia memaklumkan belum bersedia untuk menerima mana-mana pelawat yang ingin menziarahinya di hospital.

"Saya nak bercakap pun masih tercari-cari nafas. Saya mohon kepada kenalan supaya beri ruang kepada keluarga menjaga kesihatan saya supaya lebih baik.

"Mungkin saya akan ambil cuti dalam tempoh sebulan lagi sebelum kembali aktif dengan mana-mana kerja," jelasnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain