suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sekadar anak seni, Farid Kamil mahu bergelar aktivis kemanusiaan... Sanggup dalami ilmu politik!

PELAKON Farid Kamil mempunyai perancangan tersendiri untuk mengembangkan potensi diri, termasuk meneroka bidang di luar dunia seni.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 45, berkata dia kini memberi tumpuan kepada pengajian peringkat sarjana dalam jurusan Pengajian Perangsaraf Media dan Maklumat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Menurut Farid, keputusan untuk mendalami ilmu berkaitan politik Malaysia dan antarabangsa hadir selepas dia membintangi filem Anwar: The Untold Story.

"Bila saya berlakon dalam Anwar: The Untold Story, orang tanya saya selepas ini apa?

"Saya rasa selepas ini saya mahu belajar lebih mendalam tentang politik Malaysia, antarabangsa dan polisi kemanusiaan.

"Sebelum ini saya buat filem untuk masyarakat, apa salahnya sekarang saya naik taraf status artis kepada aktivis kemanusiaan," katanya kepada mStar.

Berkongsi perkembangan terbaharu, Farid menegaskan hasratnya itu bukan bermakna dia mahu meninggalkan industri seni yang telah banyak membentuk perjalanan kerjayanya.

Sebaliknya, dia melihat langkah tersebut sebagai satu perjalanan baharu untuk memperluaskan peranan dan matlamat hidup, selain terus menyumbang kepada masyarakat menerusi bidang yang diceburinya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi