suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aprena Manrose amal sembur minyak wangi sebelum tidur, teruja angan-angan miliki produk sendiri jadi kenyataan

Aprena akui memang sukakan wangian.

PELAKON Aprena Manrose berkongsikan penjagaan kebersihan diri dan pemakaian wangian merupakan dua perkara paling utama dalam kehidupannya sebagai seorang selebriti dan wanita.

Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33,  berkata ini kerana bau badan merupakan identiti seseorang individu dan dia sendiri mempunyai tabiat menyembur minyak wangi meskipun sebelum masuk tidur semata-mata mahu sentiasa berada dalam keadaan segar dan harum.

Jelas Aprena, dia berpandangan haruman mampu meningkatkan daya tarikan seseorang walaupun tanpa rupa paras yang menawan.

Aprena berkongsi perkara itu ketika ditemui mStar. 

“Bagi saya, kebersihan itu nombor satu dan kedua adalah bau diri kita. Saya sendiri memang sukakan wangian. Sejujurnya, walaupun hendak tidur pun saya pakai minyak wangi bukan sebab busuk, tetapi suka tidur dalam keadaan wangi.

“Walaupun seseorang itu tidak cantik, tetapi kalau wangi kita akan rasa mahu ikut orang itu. Ia penting sebab merupakan identiti seseorang.

“Sejujurnya saya memang suka minyak wangi dan kalau datang ke rumah saya, memang koleksi wangian itu banyak. Saya pernah sanggup berhabis beli minyak wangi terkecil berharga RM1,500 sebotol untuk acara penting, tetapi pakai sedikit-sedikit sahajalah.

“Sekarang terlalu banyak produk tempatan yang lebih wangi, murah dan baunya tahan lama, jadi sudah tentu saya sokong produk lokal.” katanya kepada mStar ketika ditemui di pelancaran minyak wangi Aurena sebelum ini. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesalahan” - Aprena Manrose jawab isu buka tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki serius ajak berkahwin, Aprena Manrose belum bersedia cari jodoh baharu… Mahu nikmati hidup 'single'

Dalam pada itu, ditanya mengenai pengalamannya berdepan rakan pelakon atau individu yang mempunyai masalah bau badan ketika bekerja di set penggambaran, Aprena mengakui situasi tersebut sememangnya pernah berlaku.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak menegur secara berdepan demi menjaga hati pihak lain, sebaliknya sekadar menjauhkan diri.

“Saya jenis tidak cakap terus. Apa-apa pun saya akan bergerak dari situ ataupun buat-buat tahan nafas.

“Kalau seseorang itu ada bau badan, orang mesti akan terus terfikir dalam otak, ‘dia ini tak mandi ke?’. Itu persepsi orang terhadap individu yang berbau badan.

Aprena pernah berdepan dengan pelakon yang mempunyai bau badan. 

“Tetapi hendak buat macam mana, kadangkala benda itu memang sudah ada. Jadi mungkin masing-masing perlu cari jalan bagaimana untuk mewangikan diri,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aprena meluahkan rasa teruja apabila angan-angannya untuk memiliki rangkaian minyak wangi sendiri akhirnya menjadi kenyataan menerusi kolaborasi bersama jenama tempatan, Beauboss.

Mengulas mengenai keistimewaan wangian tersebut, ia mengetengahkan aroma flora berasaskan bunga mawar bersama sentuhan musky serta haruman lembut bedak bayi yang segar untuk kegunaan harian.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain